Monday, February 23, 2009

Kawal PC Orang Lain Dengan TeamViewer

“Alamak, PC aku masalah lagi!”, kata Sakinah. Kan bagus kalau waktu macam ni boleh minta Si Amar tu untuk repair PC kan? Tapi malangnya Amar duduk 10 batu jauhnya dari sini, dan mustahil kalau nak panggil dia datang sekarang.

Tak jadi masalah sebenarnya untuk Amar membantu Sakinah, asalkan kedua-duanya mempunyai sambungan Internet. Amar boleh akses dan kawal PC Sakinah secara online menggunakan software seperti TeamViewer. Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Amar akan digunakan untuk mengawalnya:

  1. Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.
  2. Sakinah akan diberi nombor lapan digit berserta password.
    TeamViewer
  3. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amar dan klik pada butang “Connect to partner”
    TeamViewer
  4. Kini Amar dah boleh lihat dan kawal PC Sakinah. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.

Antara keistimewaan lain pada software ini adalah korang boleh gunakannya untuk bertukar-tukar fail, chat, dan banyak lagi. Kalau tak install software ni pun takpe, ia boleh terus digunakan. Ingat, pakai TeamViewer ni untuk tolong tengokkan komputer kawan, bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer orang lain oke ^^

Dapatkan TeamViewer di sini.

1 comment:

atanz said...

sangat bergune..
thnx for sharing..
:D

Post a Comment