Monday, February 23, 2009

Bagaimana Hendak Menggunakan Fail ISO

Artikel ini menerangkan:

  • Cara-cara hendak membuat fail ISO daripada CD/DVD
  • Cara-cara hendak mount image

Pada entri yang terdahulu, saya ada menerangkan tentang fail ISO. Kali ini saya ingin menerangkan cara - cara untuk membuat fail ISO, serta bagaimana menggunakannya.

Mari kita ulangkaji semula. Apakah itu fail ISO? Secara ringkas, apabila CD/DVD disimpan dalam komputer anda dalam bentuk fail, ia dipanggil ISO.

Apakah kelebihan menggunakan fail ISO? Kalau saya nak mainkan CD, saya masukkan je la dalam CD-ROM tu, pe susah… huh.

Hehe, OK. Ada beberapa situasi di mana menggunakan fail ISO adalah lebih cekap dan bijak. Antaranya ialah:

  • Anda kerap-kali menggunakan CD tertentu. Saya contohnya, selalu memerlukan CD Microsoft Office untuk install dan uninstall perisian tersebut.
  • Terdapat game yang memerlukan CD. Oleh kerana anda terpaksa memasukkan CD setiap kali nak main Monkey Revenge 4, kan lebih senang kalau anda gunakan fail ISO. Tak perlu masukkan CD dah.
  • CD Windows XP anda selalu dipinjam oleh rakan-rakan. Dah pinjam, tak reti nak pulang. Buat satu salinan ISO sebagai backup kepada CD anda.

Tak kisahlah apa yang anda ingin gunakan dengan fail ISO, yang penting kita ingin belajar. Mari teruskan.


Cara - cara untuk membuat fail ISO

Banyak perisian yang boleh digunakan untuk membuat fail ISO, contohnya ImgBurn. Saya cadangkan anda gunakan LC ISO Creator kerana ia sangat mudah digunakan. Cuma masukkan CD/DVD ke dalam pemacu CD/DVD anda dan tekan butang "Create ISO".

Cara - cara untuk menggunakan fail ISO

Bagi menggunakan fail ISO pula, gunakan Daemon. Apabila proses install Daemon ini telah selesai, klik kiri pada ikon kecil Daemon yang terdapat pada system tray dan klik pada Device 0 dan pilih fail ISO anda. Sekarang, fail ISO tersebut akan terpapar pada My Computer anda, seolah - olah anda sedang memasukkan CD tersebut. Proses ini dipanggil sebagai mount image.

Itu sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment