Monday, February 23, 2009

Disk Heal: Baiki PC Anda Setelah Terkena Virus

Sejak kebelakangan ini, banyak virus tempatan yang muncul dan merebak dengan cepat. Virus tempatan yang saya maksudkan ini berasal dari Indonesia dan Malaysia seperti Brontok, Flash 10, JambanMu, dan macam - macam lagi.

Apa yang menjadi masalah dengan virus - virus ini adalah, walaupun setelah dicuci dengan antivirus namun kesannya masih tertinggal. Apabila anda cuba membuka satu - satu drive, kotak “Open With” pula yang muncul. Folder Option hilang, Task Manager dan Registry Editor tidak dapat dibuka adalah contoh - contoh lain yang biasa.

Jika anda seorang pengguna komputer yang berpengalaman, masalah ini mudah diselesaikan hanya dengan utiliti Windows sedia ada seperti Group Policy Editor, Registry Editor, dan Command Prompt

Namun jika anda mahu cara yang lebih mudah, gunakan Disk Heal. Pastikan anda telah mencuci komputer anda menggunakan AntiVirus terlebih dahulu sebelum membaikinya dengan Disk Heal. Fungsi utama Disk Heal adalah untuk membaiki Windows yang telah terkena jangkitan virus, serta terdapat pelbagai pilihan untuk tweak Windows.

Antara fungsi Disk Heal yang paling berguna:

  • Membaiki masalah ”Open With” yang selalu berlaku pada drive
  • Mengembalikan Folder Options
  • Membaiki Registry Editor dan Task Manager yang tidak boleh dibuka
  • Menukar ikon bagi drive anda
  • Mengembalikan Search dan Run

Banyak lagi fungsi yang ada pada Disk Heal yang boleh anda gunakan. Muat turun Disk Heal di sini. Disk Heal juga boleh dibawa di dalam USB Drive (anda cuma perlukan aplikasi utamanya sahaja)

1 comment:

Mr Ola Bola said...

info yang sangat bagus!

Post a Comment