Monday, February 23, 2009

Hanya Taipkan Nama Lagu, Dan Terus Mainkan MP3

Panjang kan tajuk entri kali ni? Hehe. Ok, kali ni saya nak tunjukkan tips mudah tentang bagaimana nak mainkan lagu kegemaran anda dengan pantas. Tak perlu buka Winamp atau Media Player terlebih dahulu, juga tak perlu buka folder satu-persatu untuk mencari MP3 tersebut.

Untuk cara ini, kita akan menggunakan software Launchy. Download dan install perisian tersebut. Kemudian, tekan Alt+Space untuk membuka Launchy. Klik kanan pada Launchy dan pilih Options.

launchy-mp3-01

Pergi kepada tab Catalog. Pada bahagian Directories, klik butang ‘+’ dan masukkan folder lagu anda. Manakala pada bahagian File Types, taipkan mp3 dan klik pada butang ‘+’. Kemudian, klik pada butang Rescan Catalog. Klik OK apabila selesai.

launchy-mp3-02

Buka semula Launchy dengan menekan Alt+Space. Sekarang, anda boleh mainkan lagu kegemaran anda dengan terus menaip nama lagu. Contohnya, saya hanya perlu taip “gan” sahaja, dan terus dipaparkan lagu Melly Goeslaw – Gantung. Tekan Enter dan lagu tersebut akan dimainkan.

No comments:

Post a Comment